Sabtu, 30 Januari 2016

Kehilangan

Beberapa hari yang lepas, saya bertemu dengan seorang client. Sepatutnya kami bertemu minggu lepas tetapi dia tiba-tiba senyap. Saya yang turut sibuk dengan urusan kerja lain langsung tidak teringatkan dia.

Seperti sebelum ini, kali ini dia membawa khabar yang sama, mahu dalam kadar yang segera. Mungkin bermacam berlaku kepada saya awal tahun ini, makanya saya jadi orang yang kurang sabar. Ya, semasa perbincangan, saya terpaksa melarikan diri dan meminta bantuan orang lain untuk bercakap bagi pihak saya.

Dan ketika itu, dia memohon maaf dan bercerita tentang kehilangan ibunya pada hari yang dia sepatutnya jumpa saya. Marah saya terus reda. Dan selepas ditinggalkan berdua dengannya, dia terus bercerita tentang hal itu dengan tenang.

Saya terimbau peristiwa kehilangan abah dulu. Sakitnya masih terasa. Dan sehingga hari ini, saya tak sanggup untuk kehilangan mana-mana ahli keluarga yang terdekat.

Sebagai anak sulung, saya berpura-pura kuat di hadapan emak dan adik-adik. Hati saya tersiat-siat ketika terbaca luahan hati adik bongsu saya. Abah pergi tiga hari sebelum ulang tahun kelahirannya.

Selepas empat tahun tiga bulan abah pergi, ada hari-hari saya amat rindukan abah. Dan saya masih seorang anak yang merindui abah, makanya pada hari-hari itu, saya cuci mata.

Sebelum F hilang emak, saya selalu beritahu dia, betapa saya rindukan abah. F pesan, jangan menangis, sebaliknya sedekahkan al-fatihah. Doakan kesejahteraan abah di sana.

Al-Fatihah untuk abah dan emak F.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan